Rabu, 11 Ogos 2021

KAEDAH MERACUN UDANG DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR


Apa akibatnya sekiranya anda meracun udang untuk memperoleh hasil yang lebih lumayan?

Ditulis oleh : Sab
12 August 2021


Menteri bersama penduduk melepas benih ikan di Kabong ( gambar Sarawakvoice )





Penggunaan racun kimia carbofuran, methomyl dan potas atau semulajadi seperti tuba pada masa sekarang amat membimbangkan para nelayan,dan juga penduduk yang bergantung dengan hasil sungai untuk menyara hidup.Hal ini kerana terdapat banyak aktiviti tidak berfaedah seperti meracun udang dengan harapan akan mendapat hasil yang lebih banyak malah menguntungkan jika dijual.Namun, sejauh manakah kesannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan?

Racun serangga Carbofuran



Kesan jangka panjang

Kegiatan meracun udang seolah olah tiada kesudahan,malah semakin menjadi jadi.Sekiranya berlarutan, banyak spesis air sungai akan terancam bukan hanya setakat udang sahaja malah spesis air sungai yang lain.Udang galah bukan sahaja berkurangan,malah telur udang yang tidak dapat dibiakkan akan mati begitu sahaja sekaligus menyebabkan populasi udang galah dan spesis ikan semakin terancam.

Kesan terhadap para nelayan

Seperti yang kita tahu,kebanyakkan penduduk pesisir sungai dan laut,bergantung dengan hasil tangkapan untuk menyara keluarga dan menjadi sumber ekonomi utama. Namun, perkara ini boleh dikatakan mengganggu periuk nasi kerana hasil tangkapan berkurangan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk yang meracun udang.

Proses pemuliharaan tergendala

Jabatan perikanan adalah organisasi yang mengawal selia sektor perikanan di Malaysia dengan melepaskan benih ikan di sungai setiap tahun sebagai kaedah atau inisiatif untuk memulihara spesis ikan agar tidak pupus.Namun dengan perbuatan meracun udang, segala usaha pihak berwajib akan tergendala kerana, benih ikan hanyalah 20% hingga 30% akan berjaya hidup dan membesar.Sekiranya ini terjadi, kelestarian dan sumber pendapatan komuniti akan terganggu.





Kesan terhadap kesihatan

Amat tidak bertanggungjawab sekiranya menjual hasil udang yang diperolehi dengan kaedah meracun atau menuba, hal ini kerana udang tersebut telah terkena bahan kimia toksik.Kebiasaannya untuk orang yang pakar tentang udang, mereka dapat mengenali samaada udang tersebut udang segar atau udang yang telah diracun.Namun , bagi yang tidak dapat membezakan udang tersebut, sudah pasti rasa teraniaya malah dikhuatiri mereka akan terkena bahan kimia yang terkandung dalam udang tersebut.


Oleh itu, janganlah kita menganiaya orang lain dengan memungut hasil melalui cara yang salah. Seeloknya, jagalah kelestarian alam sungai agar selalu trjaga dan mengelakkan habitat sungai pupus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tragedi sekolah pinggir sungai runtuh,buka mata pemimpin di Sarawak

  KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH 2016 Pada 8 Jun 2016,kita digemparkan dengan kejadian runtuhan banguna...