Rabu, 11 Ogos 2021

Tragedi sekolah pinggir sungai runtuh,buka mata pemimpin di Sarawak

 

KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH 2016


Pada 8 Jun 2016,kita digemparkan dengan kejadian runtuhan bangunan yang meranapkan sebahagian besar dari Infrastuktur bangunan Taska dan surau di SK Kampung Buda.Kejadin tersebut turut menarik perhatian netizen dan mula diviralkan kepada umum

Kejadian ini dipercayai berlaku akibat arus air sungai yang deras telah menghakis tebingan sungai sehingga menghasilkan satu runtuhan dipermukaan tebingan sungai yang turut meruntuhkan infrastruktur bangunan yang terletak berhampiran dengan sungai tersebut.

Jurucakap pihak bomba mengesahkan menerima panggilan laporan pada kira - kira pukul 4 pagi dan terus mengerahkan anggota untuk memantau dan memastikan keselamatam di lokasi kejadian yang terletak kira kira 58 kilometer dari balai.

Sementara itu Kejadian ini turut mendapat makluman dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Saribas YB Razi Sitam ketika dihubungan pihak media akan mengutarakan permasalahan berikut kepada pihak Pejabat Pendidikan Bahagian Betong dan juga kepada Jabatan Pendidikan Daerah Sarawak untuk mengusulkan bantuan dan tindakan yang seterusnya.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daripada kejadian ini berlaku semasa musim cuti sekolah.

Berikut adalah gambar - gambar di sekitar lokasi kejadian.








credit( ilovepusa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tragedi sekolah pinggir sungai runtuh,buka mata pemimpin di Sarawak

  KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH 2016 Pada 8 Jun 2016,kita digemparkan dengan kejadian runtuhan banguna...