Sudah menjadi kebiasaan untuk para pemancing atau nelayan yang bermain di laut, pasti ada koleksi jala untuk dijadikan alat menangkap udang atau ikan. Jadi kebetulan ada masa terluang, saya isi dengan membuat jala. Saya membuat jala sedikit demi sedikit, maklumlah terlalu banyak aktiviti yang dilakukan, kalau tidak turun ke laut, meluangkan masa bersama keluarga.Jika ada masa benar benar terluang, barulah saya akan sambung membuat jala.
Ini jala udang,kalau ikan,lubang dia besar sikit
Setengah siap
Atas biru,tengah putih,bawah biru
Anda berminat hendak membeli jala, sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi saya di talian 016-895 4695 ( Shariff )
Beberapa tahun kebelakangan ini, Spaoh dilanda arus pembangunan, dengan pembinaan struktur baharu sebagai pemudahcara dan kesenangan penduduk. Perkara ini amatlah positif jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu, dimana kampung Spaoh hanyalah pekan kecil yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk berurusniaga dan menjalankan aktiviti seharian.
Pembangunan berterusan ini adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan, meningkatkan daya saing kepada penduduk bagi memaksimumkan jana ekonomi serta memberi kemudahan kepada penduduk dengan menyediakan fasiliti yang lengkap.
Tebingan Waterfront Spaoh(credit UKAS)
1.Waterfront
Projek kerajaan ini memakan masa hampir dua tahun untuk disiapkan.Waterfront yang terletak di tebingan sungai,berdekatan pasar Spaoh kini menjadi destinasi anak muda dan keluarga untuk beriadah.Disini juga disediakan beberapa pondok,serta taman permainan kanak kanak.
Suasana waterfront Spaoh
2. Kompleks Sukan Spaoh
Salah satu projek kerajaan berskala besar, iaitu komplek sukan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.Kompleks ini menyediakan trek lumba lari, padang bola sepak, dewan badminton, dewan futsal dan beberapa fasiliti lain seperti surau serta tandas.
Kompleks Sukan Spaoh dalam pembinaan dengan kos RM 15 juta
3.Pasar tamu
Pasar tamu sedang disanitasi
Kebanyakan penduduk Spaoh yang bergiat dalam pertanian, akan memasarkan hasil mereka di sini, pasar tamu yang disiapkan bagi menggantikan tempat perniagaan lama, kerana ketiadaan tempat khas bagi penduduk berniaga.Oleh sebab itu, penduduk berniaga di tepi jalan, dan sebagai usaha mengatasi masalah itu, kerajaan telah membina pasar tamu ini untuk penduduk berniaga. Anda boleh membeli pelbagai jenis sayuran,buah buahan, hasil hutan dan kuih muih disini.
4.Pasar
Pasar spaoh terbakar hujung tahun 2019
Pasar terbakar telah berwajah baru.
5. Dewan masyarakat Spaoh
Dewan ini dahulunya adalah dewan sukan,namun atas inisiatif kerajaan,dewan ini diroboh dan dibina semula dan dilengkapi dengan pendingin hawa,kipas,serta pondok jaga dan kawasan parkir yang luas. Dewan ini hanya digunakan untuk aktiviti keramaian dan aktiviti rasmi.
Turut dirancang :
Menaik taraf Klinik Kesihatan Spaoh
Pusat Giat Mara
Jambatan ikonik ( 30 juta )
Pejabat daerah baharu
STOLport ( lapangan terbang landasan pendek) Bebuling bernilai RM108 juta )
Dengan adanya pembaharuan ini, akan menjadikan kampung Spaoh sebuah kampung Agropolitan dengan menambah baik keperluan rakyat untuk lebih bergiat dalam sektor pertanian moden.
Adakah anda peminat udang? Untuk anda yang baru berjinak dalam dunia memancing udang, terlebih dahulu anda hendaklah mempunyai peralatan yang sesuai. Ini bagi memastikan supaya aktiviti memancing lebih seronok dan tidak mudah untuk kumpau. Oleh itu kami dari pasukan PEMBURU SEPIT BIRU SARAWAK akan berbagi tip kepada anda semua yang baru bergiat untuk memancing udang.
1.UMPAN
a.CACING
Umpan yang pertama, yang paling terkenal dan universal adalah cacing tanah. Buat anda yang baru bermula, pasti agak geli untuk memegang cacing. Cacing boleh digunakan untuk memancing udang atau ikan dan sesuai digunakan di semua lokasi seperti sungai,kolam dan parit. Kalau untuk dilaut, ia bergantung kepada spesis ikan juga.
Image Caption
b.Perumpun
Umpan yang kedua, yang paling menjadi pilihan para pemancing udang adalah Perumpun. Perumpun adalah sejening cacing berwarna merah panjang, boleh dijumpai di kawasan tanah pokok nipah yang telah ditebang. Udang amat menggemari perumpun dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan para pemancing.Namun, anda hendaklah menggunakan perumpun bersaiz kecil sahaja, kerana jika menggunakan perumpun yang besar, peluang untuk anda dapat udang galah agak tipis. Harga perumpun untuk seekor biasanya mengikut saiz, RM3 - RM5 untuk saiz kecil, RM6 - RM8 untuk sederhana dan RM 10 - RM15 untuk saiz besar.
c.Anak Udang
Sekiranya anda geli untuk memegang cacing atau perumpun,anda boleh gunakan anak udang saiz kecil sahaja.Umpan ini juga berkesan untuk menangkap udang galah,tetapi anda perlu mencari anak udang terlebih dahulu menggunakan perangkap anak udang,atau kebiasaannya ada dijual di market basah.
2.MATA KAIL
Kami dari team sepit biru, biasanya menggunakan mata kail saiz 1 dan 2,mungkin kebanyakan orang akan mengunakan saiz 4 dan ke atas, bergantung kesesuaian seseorang pemancing, tapi yang paling berkesan insyaallah adalah saiz yang kami guna.
3.BILA MASA SESUAI MEMANCING UDANG
Sebelum turun memancing,hendaklah tahu keadaan air sungai dahulu. Masa paling sesuai adalah ketika air Nakah,atau medok. Air nakah bermaksud ketika air pasang kecil, arus perlahan dan tidak tinggi. Air sungai sebegini sememangnya ditunggu oleh para pemancing untuk memancing udang.Jika anda memancing ketika air surut,perlu memancing ketika air surut paling kecil.
4.PERALATAN MEMANCING.
Sebagai persediaan memancing udang, anda tidak perlu menggunakan peralatan yang mahal, tetapi jika anda berkemampuan apa salahnya. Ini disebabkan, tarikan udang tidaklah seganas tarikan ikan, cuma anda perlu pandai bermain dengan tali dan joran semasa menarik udang. Anda hanya perlu menarik dengan perlahan, tidak terlalu laju dan kasar.
a.JORAN - Untuk joran, anda boleh menggunakan joran sepanjang 4 atau 5 kaki, bergantung kepada kesesuaian anda.Pastikan juga joran yang digunakan adalah joran udang sahaja, kerana joran udang lebih lembut dan lentur, mudah untuk kita tahu samaada umpan dimakan udang atau tidak.
b.KEKILI
Untuk memancing udang, kekili murah saiz 1000 atau 2000 sudah mencukupi. Ia diangggap sudah sangat sesuai untuk udang sungai atau kolam dengan purata berat 50 - 600 gram.
c.BATU LADUNG
Batu ladung yang sesuai adalah saiz 3 atau 4. Berat batu ini sudah memadai dengan arus sungai perlahan dan sederhana untuk memancing udang
TALI PERAMBUT
Tali perambut tidak perlu besar, cukup menggunakan tali tangsi atau fluorokarbon yang halus sahaja sebagai contoh perambut saiz 6lb sehingga 10 lb.Tali yang besar akan menyukarkan mata kail udang yang kecil dan halus untuk diikat.
5. HABITAT UDANG
Udang kebiasaannya banyak didapati di sungai yang ditumbuhi pokok nipah, kepada anda yang ingin memancing, carilah kawasan yang sesuai, tidak perlu baling terlalu jauh kerana biasanya udang bermain ditepi sungai.
Sekian perkongsian dari kami,semoga anda sukses dalam dunia kepemancingan udang galah.Jadi,kepada anda yang berniat untuk melibatkan diri dalam aktiviti memancing udang, jagalah tutur kata dan kelakuan ketika berada di sungai dan jangan sesekali bercakap besar serta celupar, kerana tiada siapa menyangka dalam air yang tenang, pasti ada sesuatu yang menunggu dan sentiasa berhati hati, menjaga keselamatan diri.