Pemburu Sepit Biru Sarawak
Blog ini hanya berkongsi tentang kaedah penangkapan udang dan ikan
Rabu, 11 Ogos 2021
Tragedi sekolah pinggir sungai runtuh,buka mata pemimpin di Sarawak
KAEDAH MERACUN UDANG DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR
Apa akibatnya sekiranya anda meracun udang untuk memperoleh hasil yang lebih lumayan?
Ditulis oleh : Sab
12 August 2021
Racun serangga Carbofuran |
KENALI CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN
CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN
Ditulis oleh : Sab
12 August 2021
Untuk anda yang hendak berjinak2 memancing udang galah, anda hendaklah terlebih dahulu mengetahui bagaimana rentak joran apabila udang memakan umpan.
Pertama sekali anda hendaklah memastikan joran yang digunakan adalah joran udang, bukan joran yang jenis solid, ataupun joran ikan,kerana joran yang lembut,mudah untuk kita nampak samaada udang makan atau tidak.
Untuk mengetahui cara udang galah memakan umpan, lihat pergerakan hujung joran,hujung joran akan bergerak seperti ditarik ke bawah dan ke atas,perlahan lahan,bukan seperti tarikan ikan ye..ia berlaku disebabkan sepit udang yang kecil,berdekatan dengan mulutnya,menarik umpan untuk dimakan.
Sepit kecil untuk menarik umpan bukan sepit besar |
Jika pergerakan joran berlaku seperti itu, anda boleh bersedia untuk menarik joran, dengan pangkal joran dinaikkan ke atas sedikit,dan ditarik secara perlahan, jika ditarik dengan kasar, ia akan mengoyakkan mulut udang,dan risiko untuk kumpau sangat tinggi.
Tarik perlahan, rasakan sensasi tarikan udang,barulah rasa keseronokannya.
Jika anda melihat hujung joran bergetar getar sedikit seperti tarikan ikan,percayalah,itu hanya udang saiz kecil yang memakan umpan,paling2 sebesar ibu jari tangan.
Selasa, 10 Ogos 2021
Daerah Spaoh.
SELAMAT DATANG KE SPAOH
Ditulis oleh : Sab
12 August 2021
1.Kampung Spaoh
2.Bungin
3.Serembang
4.Mangut
5.Supa
6.Sebemban
7.Buda
8.Balingan
9.Tanjung Assam
10. Medang
Dalam semua kampung ini,Spaoh adalah pusat kerana di sini terdapat semua kemudahan dan fasiliti,seperti pasar,pejabat daerah,dewan masyarakat,pejabat pos,sekolah menengah,waterfront dan sebagainya.Jadi secara tidak langsung Spaoh adalah kampung yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti seharian.
Trademark
Jika anda datang ke Spaoh,ada sebuah pesta yang dinamakan Pesta Buntal.Keunikannya adalah pada musim buntal,para nelayan akan ke laut untuk menangkap ikan buntal untuk dijual.Malahan pada musim ini,disebabkan terlalu banyak sambutan,maka Pesta Buntal diadakan setiap tahun dan diadakan bermacam pertandingan seperti menangkap buntal,lumba perahu,,pasar jualan, pertandingan mewarna, karoke,sukaneka dan biasanya berlangsung selama tiga hari di Kampung Mangut.Kalau anda pertama kali datang ke sini,jangan lupa untuk mencuba ikan buntal,pasti nak lagi,,....
Ikan Buntal Sarawak,kuning,lemak pasti sedap |
Pertandingan regatta sempena Pesta Buntal |
Meriah
Seperti yang telah dinyatakan,kampung Spaoh adalah menjadi tumpuan penduduk sekitar,maka tidak hairan jika kampung ini sentiasa meriah dari pagi hingga ke malam,gerai gerai tepi jalan adalah pemandangan biasa di kampung ini,malah,boleh dikatakan sangat meriah dengan berkumpulnya penduduk dari pelbagai jenis kaum untuk memasarkan produk jualan mereka.Ini adalah satu tradisi yang dikekalkan dari dulu hingga sekarang iaitu hidup bermasyarakat dan harmoni
Sukan
Pernahkah anda mendengar akan permainan tradisi iaitu Gasing? Ya, di kampung ini,penduduk sangat terkenal dengan permainan gasing,dan dimainkan oleh setiap lapisan umur, tidak kira tua atau muda. Oleh itu, pertandingan pangkah gasing selalu diadakan mengikut kategori yang ditetapkan,Perkara positif seperti ini sangat bagus dipraktikkan untuk menjaga khazanah tradisi masyarakat melayu yang telah bermula sejak dulu.
Anak muda bermain gasing |
Spaoh pekan koboi
Pekan Spaoh terdiri dari beberapa deret rumah kedai/pasar,kebanyakannya dimonopoli oleh kaum cina.Namun hal ini tidaklah menjadi penghalang untuk bermuafakat,malahan penduduk yang berbilang kaum seperti ini,lebih kuat ikatan persaudaraan kerana sentiasa menjaga sensitiviti antara kaum.Oleh kerana pasar sentiasa meriah,ada kalangan penduduk menggelarkan pekan spaoh sebagai pekan koboi
Terbakar hangus |
Pekan spaoh,yang tengah itu sudah terbakar pada hujung tahun 2019 |
Udang Galah masak merah
Salam sejahtera gasssss
Kali ni saya akan kongsikan resepi Udang galah Masak merah untuk santapan kalian,pasti sedap.
Kalau korang tanya saya,saya lebih gemar makan udang yang dipanggang saja,cicah dengan kicap dan cili haha
Ok, untuk resepi ini kita senaraikan bahan nya dahulu ok
Bahan2 :
1.Udang galah yang telah dibersihkan,potong ikut suka
2.Bawang merah / putih dan bawang besar ( agak agak banyaknya,banyak udang,banyakkan sikit ye )
3.Cili kering kisar,Serai kisar
4.Sos cili,Sos tiram
5.Minyak dan serbuk perasa ( garam/aji )
6.Sedikit sayuran hijau seperti capsicum(lada benggala),daun ketumbar dan tomato
Step memasak:
1.Panaskan minyak,masukkan bahan yang dikisar seperti cili kering,bawang dan serai
2.Tunggu wangi sikit,masukkan udang
3.Masukkan sos cili dan sos tiram,jika agak kering masukkan sedikit air sahaja
4.Kacau sehingga kuah agak pekat,jangan terlalu kering tak sedap
5.Masukkan garam,aji dan gula,seimbangkan rasa.
6.Kemudian boleh masukkan tomato yang dipotong dadu dan lada benggala
7.Jika sudah masak,taburkan daun ketumbar
8.Apa lagi korang makanlah,ajak member sekali
Lagi sekali sorry la ye tak de gambar,kalau ada nanti saya masukkan,mudahlah sikit korang nak faham kan..
ok gaisss...tu je dari saya kali ni,jangan lupa follow tau.
Resepi Kepala udang galah cincang!!!!!
Salam sejahtera gaissss
Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kepala udang galah cincang yang pasti sedap kepada anda semua ye
Seperti yang kita tau,bahagian yang paling susah nk makan pada udang adalah bahagian kepala,jadi untuk tidak membazir,jom tengok resepi bawah ni (xde gambar )
Step di bawah :
1. Yang pertama sekali kena bersihkan udang galah,potong kan jika terlalu besar
2. Bahagian kepala,potong janggut dan kaki,buang kulit cengkerang yang keras
3. Setelah itu,ambilkan sedikit nasi ( agak2 kalau kepala udang banyak,banyakkan sedikit nasi ),cincanglah bersama kepala udang tersebut sehingga lumat,masukkan sedikit garam dan ajinimoto( hasil cincangan tersebut akan berwana kemerahan disebabkan otak udang tersebut)
4. Panaskan air dalam kuali,masukkan beberapa ulas bawang putih dan serai yang telah ditumbuk,jika sudah menggelegak,masukkan kepala udang yang dicincang bersama nasi,kira kira sebesar setengah sudu sehingga habis,tunggu beberapa minit barulah masukkan bahagian badan udang dan perasakan semula dengan garam dan ajinomoto..
5. Anda juga boleh memasaknya menggunakan kaedah PAIS,iaitu dibalut dengan daun pisang dan diletak dalam kuali dengan api sederhana sehingga masak,kemudian potonglah ikut suka dan masukkan kedalam gulai udang.siapppp...
Untuk tonton bagaimana hendak membuatnya,sila layari link dibawah
https://web.facebook.com/111940384268817/videos/845178712740891
INDAHNYA JADI NELAYAN
Indahnya Jadi Nelayan
Ditulis oleh : Sab
Salam sejahtera kepada peminat udang semua, kali ini kami hendak berkongsi dengan anda semua,hasil hasil tangkapan udang dan ikan dari kami team Pemburu Sepit Biru Sarawak. Semua hasil ini kita dapat dari aktiviti memancing,menjala dan memasang pukat.
Biasanya kalau sampai di darat,ada juga penduduk yang sudah menunggu ketibaan kami untuk membeli udang dan ikan,untuk udang yang fresh dari sungai kira kira gred A, harganya boleh mencecah rm 70-80 per kg.Ini adalah harga yang standard,sangat berbeza dengan udang kolam.
Jika anda ingin mencuci mata, mari lihat aksi dan hasil kami dibawahDan jika anda hendak melihat banyak lagi aksi kami,lawati page Facebook dan saluran youtube kami.
https://youtube.com/user/marwawi
pemburusepitbirusarawak
Perahu 8k |
Baiklah para peminat udang galah semua,sampai disini saja perkongsian dari kami. Jika anda ingin lihat banyak lagi aksi kami,jangan lupa lawati page FB dan saluran youtube kami PEMBURU SEPIT BIRU SARAWAK.
Tragedi sekolah pinggir sungai runtuh,buka mata pemimpin di Sarawak
KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH 2016 Pada 8 Jun 2016,kita digemparkan dengan kejadian runtuhan banguna...
-
SELAMAT DATANG KE SPAOH Ditulis oleh : Sab 12 August 2021 Tugu Kampung Spaoh,ikan buntal Daerah Spaoh adalah berada dalam pentadbiran Baha...
-
Pembangunan Arus Perdana Spaoh Ditulis oleh : Sab Rumah paling cantik di Spaoh Beberapa tahun kebelakangan ini, Spaoh dilanda arus pembangun...
-
Salam sejahtera gaissss Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kepala udang galah cincang yang pasti sedap kepada anda semua ye Seperti yang k...