Salam sejahtera gaissss
Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kepala udang galah cincang yang pasti sedap kepada anda semua ye
Seperti yang kita tau,bahagian yang paling susah nk makan pada udang adalah bahagian kepala,jadi untuk tidak membazir,jom tengok resepi bawah ni (xde gambar )
Step di bawah :
1. Yang pertama sekali kena bersihkan udang galah,potong kan jika terlalu besar
2. Bahagian kepala,potong janggut dan kaki,buang kulit cengkerang yang keras
3. Setelah itu,ambilkan sedikit nasi ( agak2 kalau kepala udang banyak,banyakkan sedikit nasi ),cincanglah bersama kepala udang tersebut sehingga lumat,masukkan sedikit garam dan ajinimoto( hasil cincangan tersebut akan berwana kemerahan disebabkan otak udang tersebut)
4. Panaskan air dalam kuali,masukkan beberapa ulas bawang putih dan serai yang telah ditumbuk,jika sudah menggelegak,masukkan kepala udang yang dicincang bersama nasi,kira kira sebesar setengah sudu sehingga habis,tunggu beberapa minit barulah masukkan bahagian badan udang dan perasakan semula dengan garam dan ajinomoto..
5. Anda juga boleh memasaknya menggunakan kaedah PAIS,iaitu dibalut dengan daun pisang dan diletak dalam kuali dengan api sederhana sehingga masak,kemudian potonglah ikut suka dan masukkan kedalam gulai udang.siapppp...
Untuk tonton bagaimana hendak membuatnya,sila layari link dibawah
https://web.facebook.com/111940384268817/videos/845178712740891
Nyaman ea
BalasPadam